Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pemimpin negara itu malu dengan dakwaan salah laku 10 anggota tentera AS di sebuah hotel pada malam lawatan Presiden Barack Obama di Colombia hujung minggu lalu.
Dalam sidang akhbar di Pentagon kelmarin, Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Martin Dempsey menyatakan kekesalannya terhadap skandal yang melibatkan 11 ejen Perkhidmatan Rahsia yang dituduh melanggan pelacur di hotel, menyebabkan perhatian kepada Obama pada Sidang Kemuncak Amerika Latin beralih.
"Kami malu dengan apa yang berlaku di Colombia. Walaupun kami tidak pasti dengan tepat apa yang berlaku di sana," kata Dempsey.
Setiausaha Akhbar Pentagon, George Little memberitahu, anggota tentera yang disiasat itu ditugaskan untuk membantu Perkhidmatan Rahsia dalam persediaan lawatan rasmi Obama di Cartagena. Mereka tidak terlibat secara langsung dalam soal keselamatan presiden. Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta pula berkata, tentera AS mesti mematuhi piawaian tertinggi tingkah laku sama ada di AS atau di luar negara.
Panetta mengakui siasatan sedang dijalankan dan berjanji sekiranya sah berlaku salah laku, mereka akan dihukum.