Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Isteri PM Turki, Emine Erdogan menitis air mata semasa melawat mangsa keganasan etnik di Rohingya.
Lawatan mengejut wanita pertama Turki ini ditemani oleh menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan staf-staf kerajaan yang lain.
Sesi lawatan ini adalah tidak lain untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Turki kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam rejim junta Myanmar.
Sumber rasmi menyatakan bahawa lebih kurang 80 orang etnik Rohingya terbunuh sejak insiden tersebut berlaku pada awal Jun tahun ini.
Etnik muslim Rohingya dianggarkan mempunyai populariti hampir 800,000 orang namun ia dianggap etnik paling tersisih di dunia.
Etnik muslim Rohingya mengalami diskriminasi yang tegar daripada kerajaan Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.
Mereka tidak boleh mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangkan, hak sebagai rakyat Myamnar ditolak dan masjid tempat mereka beribadat dibakar dan dirobohkan.
Lawatan Emine Erdogan membuka lembaran baru kepada masyarakat Islam di seluruh dunia terutama kepada masyarakat Islam di negara Asia Tenggara yang majoritinya diam membisu.
Pemimpin-pemimpin Islam di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mampu memberi komitmen yang berkesan terhadap isu Rohingya.
Tidak tahu apa sebabnya, mereka gagal untuk bertindak sebagai saudara Islam ketika mana saudara Islam mereka tersempit di wilayah Arakan.
Sumber: Takusahrisau.wordpress.com