Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Aeril nyata terkejut dengan penyebaran gambar itu dalam web lucah mengatakan walaupun gambar itu hanyalah gambar tidak berbaju ia mengganggap ade pihak yang cuba menjatuhkan kerjayanya yang sedang meningkat naik ketika ini.
“Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya. Jelas Aeril.
Bagaimanapun, Aeril memang mengakui bahawa itu adalah gambarnya yang diambil semasa pembikinan filem Hacks dan satu lagi gambar adalah gambar suatu ketika dulu semasa zaman kejahilannya.
“Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu,” Akui Aeril.
Namun, Aeril menggangap apa yang berlaku ada hikmahnya supaya dia mendapat hidayah agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu lagi.