Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Kepala Budak Usia 16 Bulan Membesar Dengan Luarbiasa | Seorang budak perempuan berusia 16 bulan, Runa Begum menghidap penyakit kepala membesar sehingga kepada saiz yang tidak normal di Kampung Jirania Khola di negeri Tripura, India semalam.
Menurut ibunya, Fatima, otak Begum mengandungi banyak cecair sehingga mengakibatkan kepalanya membesar sejak dilahirkan.
Beliau berkata, doktor-doktor di kampungnya gagal untuk menyembuhkan anaknya itu.
Bapa Begum, Abdul Rehman yang bekerja di sebuah kilang bata berkata, masalah kewangan keluarganya menyebabkan mereka gagal untuk menemui doktor pakar. - Agensi