Monday 20 October 2014

Sila LIKE dan SHARE entry ini !



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Khaleeda berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.



























Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

[X TUTUP IKLAN]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...