Wednesday, 29 October 2014

Sila LIKE dan SHARE entry ini !





Dengan mata tersembul seperti kumbang, gigi yang tidak teratur dan dagu yang senget, si anjing hodoh yang kurus kering ini terbiar selama berbulan-bulan, tidak dituntut dan tidak dipedulikan di sebuah tempat perlindungan haiwan di Britain.

Namun kini, selepas dinobatkan sebagai anjing paling buruk dan hodoh di Britain, Si Kurus Kering berumur kurang dua tahun dan berwajah unik ini telah mendapat sebuah rumah perlindungan untuknya apabila sebuah keluarga telah sudi untuk memeliharanya.

Setelah melihat gambar profilnya pada laman web tempat perlindungan binatang Mayflower, seorang pekerja kafe, April Parker, 35, serta-merta jatuh cinta pada anjing bernama Cross Pointer yang separa buta ini.

Si Kurus ini dibeli oleh Ms Parker dengan harga £200. Menurut wanita itu, "Setiap kali orang terpandangnya orang itu tentu akan memandang sekali lagi. Ia kelihatan seperti anjing di dalam komik dengan matanya yang tersembul keluar dan gigi yang bersilang-silang. Malah ia selalu terhantuk ketika berdepan dengan sesuatu di depannya"

Satu pertandingan antarabangsa di dalam mencari anjing paling hodoh di dunia telah dilancarkan secara tidak rasminya pada bulan Jun berikutan pemegang gelaran Anjing Paling Hodoh Pedigree Dunia yang telah meninggal dunia.

Miss Ellie pemenang gelaran itu sebelum ini dianggap sebagai selebriti di kalangan peminat-peminat anjing hodoh dunia. Ia dipercayai mati dalam keadaan yang menyedihkan pada umur 17 tahun.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

[X TUTUP IKLAN]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...