Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Namun lain pula yang berlaku pada pasangan popular Qi Razali dan Nelydia Senrose. Pasangan ini baru-baru ini telah memuat naik satu foto bersama ketika menyambut Syawal dan terserlah kemesraan diantara mereka walaupun sebelum ini ada beberapa salah faham yang berlaku.
Pada foto tersebut, melihatkan Qi sedang memeluk Nelydia dan Nelydia pula memautkan jarinya di sampin Qi. Perkara tersebut telah mendapat reaksi daripada peminat mereka berdua. Ada diantara mereka yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan ada pula yang mendakwa mereka berdua sudah melebihi batas sebagai pasangan kekasih.
Bukan itu saja, beberapa kritikan pedas turut diberikan tetapi pasangan ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri daripada menjawab tomahan dan kecaman yang diberikan.