Sila LIKE dan SHARE entry ini !
Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakanLionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak diFunchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium.Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements.